SHOLAT KHAUF
Yaitu Sholat yang dilakukan dalam keadaan ketakutan karena disebabkan oleh peperangan dan lain-lain. Sholat khauf ini disyari’atkan bagi umat Nabi Muhammad SAW hingga hari kiamat. Setelah ditinggalkan Rasulullah SAW, para sahabat juga masih menjalankan sholat khauf. Karena adanya sebab yang tetap, maka sholat ini dapat
dilakukan sebagaimana solat Qashar. Sholat ini boleh berlaku dalam tiga
keadaan dengan cara yang berbeda-beda.
Imam Ahmad mengatakan bahwa terdapat 6 atau 7 hadist yang meriwayatkan faedah melakukan
solat khauf ini. Ibnu Qayyim juga mengatakan bahwa pada dasarnya terdapat
6 cara, tapi oleh sebagian ulama’ dibuat lebih banyak lagi.
1. MUSUH BERADA
BUKAN DI ARAH KIBLAT
Jika demikian
imam hendaklah membahagikan pasukannya menjadi dua bahagian, sebahagian berdiri
menghadapi musuh dan sebahagian lain berdiri di belakang imam, kemudian imam
mengimami bahagian yang ada di belakangnya satu rakaat, kemudian bahagian yang
ada di belakang imam itu menyempurnakan solatnya secara mufaraqah dan setelah
selesai lalu pergi menggantikan bahagian orang menghadap musuh, dan bahagian
yang digantikan mereka itu lalu datang dan bermakmum kepada imam dan imam solat
satu rakaat mengimami bahagian yang baru datang itu, sebelum Imam salam lalu
bahagian ini menyempurnakan solatnya sendirian sementara Imam menunggu selepas
tahiyyatnya untuk salam bersama bahagian yang kedua ini.
Kedudukan
masalah ini ialah tatkala musuh berada di selain arah kiblat, sekira-kira kita
tidak dapat melihat musuh di dalam solat, dan tidak selamat dari serangan musuh
ketika di dalam solat itu, dan bilangan kaum muslimin banyak sekira-kira setiap
kelompok muslimin mampu menahan serangan musuh.
Apabila demikian
keadaannya, maka satu kelompok muslimin hendaknya menghadapi musuh, dan
sekelompok yang lain supaya undur sekira-kira tidak terkena panahan atau
tembakan musuh, lalu Imam memulakan solat dengan mengimani kelompok yang tidak
berperang itu satu rakaat.
Apabila imam
telah berdiri pada rakaat yang kedua, maka kaum muslimin yang bermakmum
terlebih dahulu itu keluar dari mengikuti imam dengan niat mufaraqah
(berpisah), (jika tidak niat mufaraqah, maka batal solatnya). Kemudian apabila
telah memisahkan diri (mufaraqah), maka mereka menyempurnakan solatnya
sendirian meghabiskan rakaat yang kedua dan tasyahhud lalu salam dan berangkat
menghadapi musuh; dan kelompok muslimin yang menghadapi musuh lalu datang
bermakmum kepada imam yang menunggu atau memanjangkan pada rakaat yang kedua.
Jika mereka telah sempat menyusul, maka Imam meneruskan solat untuk rakaat yang
kedua.
Kemudian apabila
imam telah duduk tasyahhud, maka kelompok muslimin yang bermakmum itu bangun
berdiri dan menyempurnakan rakaat yang kedua, dan imam menunggu pada tasyahhud.
Jika kelompok makmum yang kedua itu telah menyusul tasyahhud, lalu imam salam
bersama-sama makmum itu.
Solat dengan kaifiyah
yang demikian itu adalah solat yang dilaksanakan oleh Rasulullah (S.A.W.)
dalam Perang Dzatir Riqak, sebagaimana yang diriwayatkan oleh lmam Bukhari dan
lmam Muslim dari riwayat Sahal.
Dzatir Riqak
adalah suatu tempat di negeri Najd. Perang itu dinamakan Dzatir Riqak sebab
peperangan itu berlangsung di bawah pepohonan yang bernama Dzatir Riqak. Ada
yang mengatakan bahawa kerana kaum muslimin membalut tetapak kakinya dengan
kain pembalut, kerana telapak kaki mereka berpecah-pecah. Ta’lil yang kedua
itulah yang shahih, kerana ta’lil yang kedua itu telah tetap di dalam Hadits
sahih.
Dari Soleh bin
Khawwat dari Sahl bin Khaitsamah, katanya, “Nabi SAW berbaris
dengan satu kelompok lainnya menghadapi musuh. Beliau bersembahyang
bersama kelompok pertama itu serakaat dan tetap berdiri. Kelompok
itu menyelesaikan sendirinya solatnya lalu pergi menghadapi musuh, lalu datanglah kelompok kedua yang bersembahyang serakaat
bersama beliau – bagi Nabi saw merupakan rakat kedua-
Beliau tetap saja duduk menunggu mereka menyelesaikan
solatnya, kemudian beliau memberi salam dengan mereka
bersama2.”[diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Ibnu Majah]
Dari Ibnu Umar
ra katanya, “Rasulullah saw bersembahyang dengan salah satu dari
dua kelompok satu rakaat, sedang kelompok lainnya menghadapi musuh. Kemudian kelompok pertama pergi menggantikan kelompok kedua
untuk menghadapi musuh, sementara kelompok kedua ini
datang bersembahyang dengan Nabi saw serakaat, lalu
beliau memberi salam dan kedua kelompok itu masing2
menyelesaikan serakaat lagi.”[Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim]
Dari Ibnu Mas’ud
katanya, “Kemudian imam memberi salam dan mereka –yakni kelompok
kedua- berdiri dan menyelesaikan serakaat lagi, kemudian memberi salam.”
IMAM
BERSEMBAHYANG DENGAN KEDUA2 KELOMPOK 2 RAKAAT
Dari Jabir ra
katanya, “Nabi saw bersembahyang dengan sekelompok sahabatnya
dua rakaat, lalu bersembahyang lagi dengan kelompok yang lain dua
rakaat, kemudian beliau memberi salam.”[Hadis riwayat Syafi’I dan Nasa’I]
Dari Jabir ra katanya,
“Nabi saw melakukan solat khauf bersama kami. Beliau bersembahyang
dengan sebahagian sahabatnya dua rakaat lalu memberi salam,
dan jamaah inipun undur. Lalu sahabat2 lain maju ke muka dan beliaupun
bersembahyang dengan mereka dua rakaat lagi kemudian memberi salam.
Jadi Nabi saw bersembahyang 4 rakaat, sedang jamaah itu masing-masing 2 rakaat.”[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]
Dari Jabir ra
juga katanya, “Kami ikut bersama Nabi saw dalam peperangan Dzatur
Riqa’. Solat dibacakan qamatnya. Beliau bersembahyang dengan satu kelompok dua rakaat, lalu mereka ini undur kebelakang.
Kemudian beliau bersembahyang dengan kelompok yang
lain 2 rakaat pla. Maka solat Nabi saw adalah 4
rakaat, sedang kedua kelompok masing-masing 2 rakaat.”
2. MUSUH BERADA
ARAH KIBLAT
Imam hendaklah mengatur para muslimin menjadi dua barisan, imam
bertakbiratul-ihram bersama seluruh kaum muslimin, lalu seluruh kaum muslimin
ini solat bersama imam hingga pada i’tidal dari rukuk rakaat yang pertama,
kemudian ketika imam sujud, maka salah satu barisan muslimin sujud bersama,
sama ada barisan yang pertama ataupun yang kedua. Yang demikian itu adalah
mazhah yang sahih. Dalam hal ini tidak ditentukan barisan yang manakah yang
harus berjaga-jaga.
Kemudian apabila
imam dan orang-orang yang sujud bersamanya telah bangun ke rakaat yang kedua,
barisan yang satunya lagi sujud dan menyusuli imam. Imam membaca Al-Fatihah
bersama-sama kaum muslimin dan rukuk bersama sekaliannya. Apabila imam i’tidal
dari rukuk, barisan yang sujud pada rakaat yang pertama menjaga musuh dan
barisan yang lainnya pula sujud bersama imam. Apabila barisan yang sujud
bersama imam telah mengangkat kepalanya, barisan yang berjaga-jaga lalu sujud.
Yang demikian
itu adalah solat Rasulullah (S.A.W.) di tanah ‘Asfan, sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan lain-lainnya, walaupun di dalam riwayat lmam
Muslim ada keterangan bahawa barisan yang berdampingan dengan imam itu yang
sujud terlebih dahulu dan barisan yang lainnya tetap berdiri menghadapi musuh.
Para Ulama
Mazhab Syafi’i mengatakan bahawa untuk melaksanakan solat dengan cara seperti
itu diperlukan tiga syarat:
1. Musuh harus
berada di arah kiblat.
2. Musuh harus
berada di atas gunung atau di tanah datar dan tidak ada sesuatu yang
menghalangi penglihatan kaum muslimin
3. Jumlah kaum
muslimin harus banyak yang dapat dibahagi dua, bahagian yang
satunya sujud
dan bahagian yang lain berjaga.
Ketahuilah,
seandainya imam mengatur mereka menjadi beberapa saf, hal itu boleh; demikian
pula apabila sebahagian dari barisan itu berjaga, juga boleh.
Dalil Dari
HaditsDari Jabi ra katanya, “Saya ikut solat Khauf bersama Rasulullah saw.
Barisan kami dibahagi 2, dan kedua2nya berdiri di
belakang beliau, sedang musuh berada di depan di arah
kiblat. Nabi saw membaca takbir dan kamipun takbir pula,
beliau ruku’ dan kamipun ruku’, beliau I’tidal kami pun I’tidal pula. Ketika beliau sujud, maka saf yang di muka (pertama) ikut sujud,
sedang (saf) di belakang tetap berdiri menghadap
musuh. Setelah Nabi saw selesai sujud dengan saf
pertama, maka turunlah saf kedua untuk melakukan sujud lalu kembali
berdiri. Kemudian saf yang di belakang maju ke depan dan saf yang di depan undur kebelakang. Lalu Nabi saw ruku’ dan kamipun
ruku’ pula, beliau mengangkat kepala, kamipun mengangkat
kepala. Lalu apabila beliau sujud, maka saf yang
didepan yang diwaktu rakaat pertama saf di belakang mengikutinya
sujud, sedang saf yang kedua menghadapi musuh. Dan setelah Nabi
saw selesai sujud dengan saf pertama, maka sujudlah pula saf kedua, kemudian beliau memberi salam dan kamipun sama-sama memberi
salam pula.”[Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Nasa’I, Ubn
Majah dan Baihaqi]
KEDUA-DUA
KELOMPOK SAMA-SAMA SOLAT DENGAN IMAM
Dari Abi
Hurairah ra katanya, “Saya ikut melakukan solat Khauf bersama Rasulullah
saw pada peperangan di Najad. Beliau hendak solat asar, maka berdirilah
beliau dengan satu kelompok sedang kelompok lain menghadapi musuh
dengan punggung mereka menghadap kiblat. Beliau membaca takbir dan seluruhnya –yakni yang sedang bermakmum dan sedang
menghadapi musuh- turut bertakbir pula, lalu melakukan
solat satu rakaat bersama kelompok di saf pertama
serta sujud bersama mereka, sedang kelompok lain sedang berdiri
menghadapi musuh. Setelah berdiri kembali, kelompok yang telah mendapatkan satu rakaat itu pergi menghadapi musuh
menggantikan kawan-kawannya. Lalu kelompok yang
digantikan itu kemudian sujud sedang Rasulullah saw
tetap berdiri. Lalu mereka berdiri untuk rakaat kedua, dan setelah
itu Nabi memimpin mereka ruku’ sujud sampai duduk. Kelompok yang pertama pun datang lalu ruku’ dan sujud sendiri-sendiri.
Setelah mereka duduk, maka Nabi saw memberi salam
diikuti oleh mereka. Jadi Rasulullah saw bersembahayng
2 rakaat dan masing-masing kelompok juga 2 rakaat.”[Hadis riwayat
Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]
SOLAT IMAM 2
RAKAAT MANAKALA MAKMUM SATU RAKAAT
Dari Ibnu Abbas
katanya, “Nabi saw bersembahang dalam peperangan Dzi Qird.
Orang-orang berbaris dibelakang beliau dua saf, Satu saf dibelakang beliau dan satu saf menghadapi musuh. Beliau bersembahyang
dengan saf di belakangnya itu satu rakaat, lalu saf
yang sudah bersembahyang ini pergi mengantikan yang
belum. Yang digantikan ini melakukan solat dengan Nabi saw satu
rakaat dan tidak menambahi lagi.”[Hadis Riwayat an-Nasa’i]
Dari ibnu Abbas
juga katanya, “Allah mewajibkan solat atas Nabi saw di waktu
menetap 4 rakaat, diwaktu berpergian 2 rakaat dan di waktu perang satu rakaat.” [Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan
Nasa’i]
Dari Tsalabah
bin Zahdan katanya, “Kami ikut dengan Sa’id bin Ash di Thabristan,
lalu tanyanya, “Siapakah di antaramu yang pernah sembahyang Khauf
bersama Rasulullah saw?” Hudzaifah menjawab, “Saya!” Iapun bersembahyang
dengan satu golongan satu rakaat dan dengan golongan lain serakaat
pula dan masing-masing mereka tidak menambahnya lagi.” [Hadis riwayat
Abu Daud dan Nasa’i]
3. SOLAT DALAM
KEADAAN GAWAT
Tatkala para muslimin dalam keadaan yang sangat takut dan dalam
berkecamuknya peperangan, dengan musuh menyerang dari segenap penjuru, baik
depan maupun belakang, kiri ataupun kanan, sedangkan waktu solat semakin hampir
habis, maka orang yang solat boleh dilakukan sekira-kira mampu, baik secara
berjalan kaki atau naik kenderaan, baik menghadap kiblat ataupun tidak
menghadap kiblat.
Jika waktu solat
hampir tamat maka hendaklah solat sebagaimana keadaan
yang ada. Tidak perlu mengadap kiblat dan tidak perlu sujud dan ruku’. Memadai dengan isyarat kepala. Cuma hendaklah ketika
isyarat sujud, hendaklah lebih rendah dari isyarat
ruku’. Ini berdasarkan hadis dari Ibnu Umar riwayat
Imam Bukhari. Ini sama juga ketika mengejar atau dikejar musuh.
Perlu juga diketahui, kaedah khauf juga boleh dilakukan dalam sebarang
keadaan yang memerlukannya seperti terperangkap dalam banjir atau
kebakaran. Kerana solat itu wajib.
Cara ini adalah
dinamakan Solat Syiddatul Khauf (dalam keadaan yang sangat takut). Apabila
datang sangat ketakutan dan tidak mungkin dapat membahagi pasukan muslimin kerana
banyaknya musuh, atau yang seumpamanya dan berkecamuknya peperangan, jadi
seandainya sedang naik kenderaan tidak dapat turun, dan seandainya sedang
berjalan kaki tidak dapat berbelok, maka para muslimin boleh melakukan solat
dengan berjalan kaki ataupun naik kendaraan, menghadap kiblat ataupun tidak,
sambil berlari, merangkak atau meniarap. Allah Ta’ala berfirman:
“]ika kamu
sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau
naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)
Ibnu ‘Umar r.a.
berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian juga erti yang
diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafik, iaitu hamba merdeka dari lbnu ‘Umar
r.a. Nafik mengatakan: “Aku mengi’tikadkan bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan
yang demikian itu dari Nabi Muhammad (S.A.W.)”
Al-Mawardi
mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu diriwayatkan oleh Imam Syafi’i
dengan sanad dari Nabi Muhammad (S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan:
Para muslimin solat sedapat-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dan
waktunya. Para muslimin yang menjalani solat menurut cara ini tidak wajib
mengulangi solatnya.
hulul imanen
ReplyDeleteSangat bermanfaat !
ReplyDeleteبارك الله فيكم ..جزاكم الله خيرا
ReplyDelete